artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Calon peperiksaan Online SPA boleh duduki peperiksaan semula | Madani News

Calon peperiksaan Online SPA boleh duduki peperiksaan semula

Calon peperiksaan Online SPA boleh duduki peperiksaan semula
Tan Sri Mahmood Adam

Calon peperiksaan online Penguasa Kastam W41 yang menghadapi masalah teknikal semasa menduduki peperiksaan itu semalam, dibenar menduduki semula peperiksaan itu Rabu depan (10 September).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata mereka boleh menggunakan angka giliran yang sama dalam peperiksaan secara online itu, yang dijadual diadakan mulai 8 malam hingga 11 malam.

“Setakat ini lebih 2,000 calon yang memohon menduduki semula peperiksaan. Kita mempunyai rekod melibatkan calon-calon yang mengalami gangguan pada ‘server’ ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang ingin mengemukakan aduan atau berdepan sebarang masalah boleh menghubungi SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam.

“Semalam berlaku sedikit kelewatan. Ini kerana hanya 39 dari 57 ‘server’ yang disediakan bagus dan tepat pada masanya. Namun ia dapat dipulihkan selepas itu,” kata beliau.

Sementara itu, SPA dalam satu pengumuman yang disiarkan dalam laman webnya memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi calon-calon Penguasa Kastam W41.

“Walaupun terdapat kelewatan selama lima jam disebabkan masalah teknikal, tetapi ia dapat diatasi dengan baik khususnya melibatkan ‘server’ 40 hingga 57,” kata kenyataan itu.

SPA berkata sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu, namun hanya 56,546 calon atau 67 peratus yang menduduki peperiksaan dengan jayanya.

Selain calon dalam negara, turut mengambil peperiksaan ialah 65 calon yang berada di 18 negara semasa peperiksaan itu dijalankan antaranya di Turki, India, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Jepun dan Perancis.

SPA dengan kerjasama Jaring Communications Sdn Bhd dan Syarikat Novatis Resources Sdn Bhd menyediakan jalur lebar dengan kapasiti 250 Mbps untuk tujuan peperiksaan itu.

Ia merupakan peperiksaan online keenam dilaksanakan SPA sejak dilancarkan April tahun ini, kata kenyataan itu. – mStar