artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Aktiviti tanam sisa toksik dikesan di Lukut | Madani News

Aktiviti tanam sisa toksik dikesan di Lukut

Aktiviti tanam sisa toksik dikesan di Lukut
Siasatan berhubung aktiviti penanaman buangan sisa kimia dipercayai toksik dikesan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Palong, Lukut, Port Dickson semalam. - Gambar: Ihsan JAS

PORT DICKSON – Aktiviti penanaman buangan sisa kimia dipercayai toksik dikesan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Palong, Lukut di sini semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan berkata, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan pada 7 Mac lalu menggunakan teknologi dron bagi mendapatkan gambaran dari udara selain pemeriksaan fizikal permukaan tanah di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tanda-tanda aktiviti tidak sah yang memerlukan siasatan lebih mendalam,” menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Berikutan itu, pada 19 Mac, kerja-kerja penggalian telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKRNS) serta pemantauan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

JAS berkata, proses persampelan dilakukan di enam titik strategik bagi memastikan ketepatan analisis, di mana sebanyak enam sampel buangan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis dan tahap toksik bahan tersebut.

Sebagai langkah penguatkuasaan, katanya, notis di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik tanah terlibat yang kini diwajibkan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kerja-kerja remedi dan pemulihan lokasi tersebut.

“Selain itu, JAS sedang mempertimbangkan tindakan perundangan yang lebih tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bergantung kepada keputusan analisis terperinci yang akan diperolehi daripada Jabatan Kimia.

“Pada masa yang sama, pemantauan berterusan ke atas premis dan kualiti alam sekitar di kawasan terjejas sedang dilaksanakan bagi memastikan tiada ancaman lanjut terhadap keselamatan awam dan alam sekitar,” katanya.

JAS turut menegaskan bahawa perlindungan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang demi menjaga kelestarian alam.

“JAS juga menyeru kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan berkaitan pencemaran alam sekitar kepada pihak berkuasa,” tambahnya. – MADANI NEWS