artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Bella tumpah air mata di hadapan Kaabah, kali ini tangisan kesyukuran | Madani News

Bella tumpah air mata di hadapan Kaabah, kali ini tangisan kesyukuran

Bella tumpah air mata di hadapan Kaabah, kali ini tangisan kesyukuran

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, sekali lagi tidak dapat menahan air matanya di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan ini. Namun, berbeza dengan tahun lalu yang penuh dengan kesedihan, kali ini tangisan itu hadir sebagai tanda kesyukuran atas limpahan rezeki dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella mengimbas kembali detik emosinya sewaktu pertama kali berada di Tanah Suci.

“Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya. Kali ini juga menangis di depan Kaabah, tetapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan apa yang saya doakan waktu kali terakhir saya datang.

“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya,” luahnya.

Bella kini berada di Makkah bersama adiknya, Didi Astillah, atas undangan khas daripada Arab Saudi bagi tujuan kerjasama serta menunaikan umrah. Dalam hantaran sama, Bella turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan luar biasa yang diterimanya daripada peminat dan masyarakat.

“Saya turut mendoakan semua yang mengenali saya ataupun tidak. Kebelakangan ini, saya menerima banyak kasih sayang dan sokongan yang luar biasa daripada semua.

“Tidak pernah saya terfikir dalam sejuta tahun bahawa saya akan menerima kasih sayang dan sokongan sebesar ini. Alhamdulillah, terima kasih semua,” tulisnya.

Selain itu, Bella turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang melalui ujian dalam hidup, mengajak mereka untuk belajar menerima takdir dengan hati yang lapang.

“Kepada yang sedang bersedih, mulalah belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang reda, kerana inilah yang kita panggil berdamai dengan takdir.

“Sama ada kita mahu terima ataupun menolak, semuanya tetap akan berlaku. Takdir tidak pernah bertanya tentang perasaan kita, sama ada kita suka, tidak suka atau bahagia.

“Namun, di situlah letaknya kekuatan sebenar—ketika kita cuba menjadi lebih kuat, lebih tenang dan lebih bersedia menghadapi apa jua yang mendatang,” pesannya penuh makna.

Perkongsian Bella ini nyata menyentuh hati ramai, membuktikan bahawa setiap ujian yang dihadapi pasti hadir bersama hikmah yang lebih besar. – MADANINEWS