artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Insiden tampar: Warga emas dilepas tanpa bebas, akan dituduh semula | Madani News

Insiden tampar: Warga emas dilepas tanpa bebas, akan dituduh semula

Insiden tampar: Warga emas dilepas tanpa bebas, akan dituduh semula

SEORANG warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.

Bagaimanapun Abdul Razak Ismail, 65, selaku orang kena saman (OKS) akan dituduh semula di mahkamah pada tarikh lain.

Majistret A.Shaarmini membuat perintah DNAA itu selepas pihak pendakwaan mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes Abdul Razak sebagai DNAA dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.

“Pihak pendakwaan telah mendapat arahan untuk kes ini diklasifikasikan sebagai DNAA pada masa ini, untuk merujuk kertas siasatan ini ke Ibu Pejabat AGC bahagian pendakwaan di Putrajaya. Jadi kes ke atas kamu adalah DNAA,” kata Shaarmini.

Terdahulu, Abdul Razak mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 22, di kedai serbaneka sebuah pusat belibelah di sini pada 3.45 petang, Ahad lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu memaklumkan dia telah ditampar oleh OKS dan hasil pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian pipi kanan pengadu.

Setelah fakta kes selesai dibacakan, Abdul Razak bagaimanapun tidak mengakui fakta tersebut.

OKS: Tak betul tu.

Majistret: Jadi kamu tidak akui fakta kes itu, oleh itu saya tolak pengakuan bersalah dan kamu perlu melantik peguam untuk membela diri.

OKS: Jika begitu, saya mengaku bersalah sahaja, saya pun ada isteri untuk tanggung.

Majistret: Encik Razak, mahkamah tidak boleh menerima pengakuan salah yang bersyarat seperti “saya tak akui fakta kes betul-betul, tapi saya nak mengaku salah sebab saya ada tanggungan”. Itu adalah pengakuan salah bersyarat, Mahkamah tak boleh terima pengakuan salah sebegitu. Saya akan letakkan satu tarikh sebutan memandangkan kamu tidak mengakui fakta kes, untuk kamu melantik peguam.

Sebelum tarikh sebutan ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan terbaharu agar OKS dilepas tanpa dibebaskan dan supaya kes tersebut dirujuk ke ibu pejabat AGC.

Semasa ditanya majistret adakah OKS akan dituduh semula pada masa akan datang, Nur Fatihah menjawab “Ya benar”.

Isnin lepas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian itu pada 9.08 malam, Ahad.

Balveer Singh dipetik berkata dalam insiden pada 3.45 petang hari sama, pengadu yang ketika itu sedang makan mendakwa dia ditampar dua kali pada pipi sebelah kanan oleh lelaki tidak dikenali selepas ditanyakan tentang agamanya, selain diminta menunjukkan MyKad sebagai bukti.

Insiden itu juga tular dalam media sosial menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat.
— BERNAMA