artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Lapan petugas MAPIM maut dalam serangan udara Israel di Gaza | Madani News

Lapan petugas MAPIM maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Lapan petugas MAPIM maut dalam serangan udara Israel di Gaza

LAPAN petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) maut dalam serangan udara oleh rejim Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata serangan berlaku pada 1.30 tengah hari, ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan Israel.

“Tindakan menyerang orang awam yang sedang menjalankan tugas kemanusiaan ialah jenayah paling keji dan terkutuk.

“MAPIM mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sani Araby berkata MAPIM dan rakan rasminya Al-Khair Foundation amat terkejut dan berdukacita dengan tragedi meragut nyawa petugas lapangan itu, dengan tiga daripadanya ialah pasukan media yang berdedikasi dalam menjalankan misi kemanusiaan.

Beliau berkata lapan petugas kemanusiaan yang terkorban dikenal pasti sebagai Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad dengan semuanya ialah warga Palestin.

“Serangan ini bukan sahaja mengorbankan nyawa yang tidak berdosa, tetapi turut menjejaskan operasi kemanusiaan penting di Gaza.

“MAPIM kehilangan beberapa petugas yang sangat komited dan ikhlas berkhidmat termasuk seorang rakan media yang sangat rapat dengan saya,” katanya.

Sani Araby bagaimanapun berkata MAPIM akan tetap teguh dengan komitmen dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di Gaza, dengan setakat ini organisasi itu berjaya mendirikan 1,000 khemah yang menjadi perlindungan sementara mangsa yang kehilangan rumah akibat pengeboman tanpa henti di Gaza.

Beliau turut menegaskan serangan itu ialah pelanggaran jelas terhadap undangundang antarabangsa dan Konvensyen Geneva yang melindungi hak penduduk awam di kawasan perang serta perlu dikecam oleh seluruh dunia tanpa kompromi.

“MAPIM menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menghentikan keganasan ini dan memastikan keadilan ditegakkan untuk mangsa yang terkorban serta keluarga mereka.

“Kejadian ini bukan sekadar serangan terhadap Gaza, ia serangan terhadap kemanusiaan. Kami menggesa pemimpin dunia, organisasi kemanusiaan dan masyarakat sivil untuk bersatu mengecam jenayah kejam ini dan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews