artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Qobin, Amar Baharin berkayuh ke Mekah 27 April | Madani News

Qobin, Amar Baharin berkayuh ke Mekah 27 April

Qobin, Amar Baharin berkayuh ke Mekah 27 April

PENJELAJAH Grand Slam Negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin dan pelakon drama serta penggiat seni, Amar Baharin, akan memulakan kembara berbasikal ke tanah suci Mekah pada 27 April ini.

Kayuhan murni itu yang akan bermula dari Arau, Perlis akan dilepaskan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail.

Menurut Amar, idea untuk kayuhan itu tercetus selepas beliau dan Qobin sering melakukan rutin berbasikal sehingga 200 kilometer (KM) seminggu.

“Setiap minggu, kami berkayuh antara 100 hingga 200 kilometer. Jadi, tidak mustahil untuk kami berkayuh ke Tanah Haram,” katanya.

Qobin menjelaskan, mereka akan memulakan kayuhan dari Perlis ke Bangkok, sebelum menggunakan pengangkutan udara ke India. 

Dari India, kata beliau, mereka akan meneruskan kayuhan melalui sempadan Pakistan, Iran, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum memasuki Arab Saudi.

“Kami tidak akan melalui Myanmar dan Bangladesh kerana kedua-dua negara tersebut sedang bergolak dan dinasihatkan oleh beberapa pengembara sebelum ini untuk mengelakkan laluan berkenaan,” kata Qobin.

Qobin berkata, misi itu bukan bertujuan untuk mencipta rekod, tetapi merupakan salah satu impian beliau untuk mengembara ke Mekah melalui darat. Amar turut berkongsi hasrat yang sama.

“Ini adalah impian kami untuk sampai ke tanah cuci dengan cara yang berbeza dan bermakna,” katanya.

Amar pula berharap, perjalanan mereka diberkati dan diberikan kekuatan dalam setiap kayuhan serta sampai ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah dan haji.

Kedua-dua pengembara ini merancang untuk berkayuh antara 80 hingga 120 kilometer sehari dan menjangkakan tempoh perjalanan antara 2 hingga 2.5 bulan untuk sampai ke Mekah dan menggunakan dana sendiri untuk membiayai kembara bersejarah itu.

Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan dan menyokong perjalanan Qobin dan Amar, mereka boleh melayari laman sesawang www.qanda.my (akan aktif pada awal April 2025), serta platform media sosial seperti Tiktok, YouTube, Instagram, dan Facebook peribadi Qobin dan Amar.