136 pemain golf rantau ini bersaing ke final Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025 | Madani News

136 pemain golf rantau ini bersaing ke final Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025

136 pemain golf rantau ini bersaing ke final Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025
ANTARA pesaerta Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025
Oplus_16777216

SIRI kejohanan golf amatur berprestij, Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025, meneruskan pusingan jelajahnya di Malaysia dengan acara kedua berlangsung penuh meriah di Tanjong Puteri Golf & Resort, Johor.

Kejohanan yang menggunakan format Stableford 18 lubang itu menyaksikan penyertaan seramai 136 pemain golf amatur dari seluruh negara dan rantau ASEAN, dengan masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara kategori serta peluang layak ke Grand Final yang akan diadakan di Templer Park Country Club pada 31 Oktober 2025.

Diserikan dengan pemandangan landskap hijau salah satu padang golf ternama di Johor, acara ini turut menarik perhatian ramai dengan tawaran lima hadiah hole-in-one, cabutan bertuah menarik, serta beg cenderahati eksklusif Bridgestone yang mengandungi t-shirt, bola golf, sarung tangan dan topi bernilai lebih RM500 setiap satu.

“Kami amat teruja dapat membawa Bridgestone ASEAN Amateur Open ke Johor, dan Tanjong Puteri merupakan permulaan sempurna bagi siri kami di bahagian selatan negara,” kata Vasudevan Krishnan, Pengarah Urusan Prestige Golf Sdn Bhd, rakan rasmi serantau bagi Bridgestone Golf.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, dan kami tidak sabar untuk meneruskan kemeriahan ini di The Els Club Desaru dan IOI Palm Villa dalam beberapa bulan akan datang,” tambah beliau.

Majlis penyampaian hadiah turut berlangsung meriah dengan pengiktirafan kepada pemain terbaik, termasuk Juara Nett, Yar Zar dan Juara Gross, Mohd Afiff Hadief, selain penyampaian hadiah cabutan bertuah yang dinanti-nantikan para peserta.

Jadual Pusingan Kejohanan Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025 (Malaysia)

  • 19 Jun 2025 – lokasi di Tasik Puteri Golf & Country Club, Selangor
  • 6 Julai – Tanjong Puteri Golf & Resort, Johor
  • 11 Julai – Templer Park Country Club, Selangor
  • 26 Julai – Miri Golf Club, Sarawak
  • 3 Ogos – Permaipura Golf & Country Club, Kedah
  • 6 Sept – Ayer Keroh Country Club, Melaka
  • 13 Sept – The Els Club Desaru Coast, Johor
  • 19 Sept – Kelab Rahman Putra Malaysia, Selangor
  • 28 Sept – Cinta Sayang Golf & Country Club, Kedah
  • 12 Okt – IOI Palm Villa Golf & Country Club, Johor
  • 31 Oktobber 2025 – Grand Final di Templer Park Country Club, Selangor.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran bagi pusingan akan datang, sila layari: www.bridgestoneaseanamateur.com