Panik, tiada nasihat punca Ibu Zara Qairani tidak tandatangan benarkan bedah siasat | Madani News

Panik, tiada nasihat punca Ibu Zara Qairani tidak tandatangan benarkan bedah siasat

Panik, tiada nasihat punca Ibu Zara Qairani tidak tandatangan benarkan bedah siasat

“Kami panik, tiada satu pun nasihat dan pengukuhan diberikan akan proses bedah siasat. Kalau kami tahu, kami tak akan sesekali turun tandatangan enggan bedah siasat.” – Noraidah Lamat

PANIK dan tiada nasihat yang kukuh diberikan menyebabkan ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat menolak proses bedah siasat jenazah anaknya.

Sehubungan itu beliau menegaskan jika tahu kepentingan prosedur berkenaan sudah pasti mereka tidak akan menolaknya.

‘’Kami terkejut, panik dan tidak mampu membuat keputusan waras ketika kejadian,” katanya menerusi akaun Noie AiDa bagi menjawa salah satu dalam Facebook yang tular hari ini.

 Sinar Harian melaporkan, Noraidah berkata, tiada penerangan yang jelas mengenai proses tersebut dan mereka tidak biasa melalui kes berkenaan.

“Kami panik, tiada satu pun nasihat dan pengukuhan diberikan akan proses bedah siasat. Kalau kami tahu, kami tak akan sesekali turun tandatangan enggan bedah siasat.

“Boleh bayangkan ke sekarang? Kematian ini berlaku begitu cepat… satu malam saja di Hospital Queen Elizabeth, 20 jam masuk wad Neurologi,” katan

Sementara itu, peguamnya, Hamid Ismail mengesahkan akaun dengan nama pengguna “Noie AiDa” itu adalah milik Noraidah.

Dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pada Rabu, berhubung kes kematian Zara Qairina memaklumkan siasatan mendedahkan, terdapat persetujuan daripada Noraidah enggan proses bedah siasat dilakukan.

Terdahulu, M Kumar turut mendedahkan hasil bedah siasat pada 10 Ogos mendapati ia selari dengan diagnosis awal iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh.

Bedah siasat dijalankan atas permintaan polis, disertai tiga doktor dari Hospital Serdang dan HQE, Kota Kinabalu.