Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler
UTM ada Program AI tetapi pelajar tidak boleh mohon pinjaman agensi kerajaan! | Madani News
Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler

UTM ada Program AI tetapi pelajar tidak boleh mohon pinjaman agensi kerajaan!

UTM ada Program AI tetapi pelajar tidak boleh mohon pinjaman agensi kerajaan!

SAYA ingin menarik perhatian pihak berkenaan terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh anak saya dan rakan-rakannya yang kini sedang mengikuti Program Ijazah Sarjanamuda Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) di Universiti TeknologiMalaysia (UTM).

UTM mempunyai Program Ijazah Sarjanamuda Kecerdasan Buatan tetapi sayang program itu tidak tersenarai dalam mana-mana skim pembiayaan atau biasiswa agensi kerajaan.

Mereka yang terdiri dari 97 orang pelajar adalah merupakan kumpula npertama pengambilan sesi 2004/2005,  di bawah Fakulti Kecerdasan Buatan UTM yang telah ditubuhkan atas inisiatif YAB Perdana Menteri sendiri sebagai langkah ke hadapan dalam bidang teknologi maklumat dan inovasi negara.

Disebalik kegemiraan kerana dipilih menjadi kumpulan perintisuntuk mengikuti kursus ini, sedikit kedukaan timbul apabila program sepenting ini tidak tersenarai dalam mana-mana skim pembiayaan samada melalui biasiswa, dermasiswa mahu pun pinjaman melalui agensi-agensi kerajaan seperti MARA dan JPA.

Anak saya bersama rakan-rakan telah beberapa kali mencuba memohon bantuan kewangan, tetapi ditolak atas alasan program AI yang mereka ikuti tidak berada dalam senarai tajaan agensi terbabit.
 
Keadaan ini amat membebankan sebahagian kami sebagai ibubapa, khususnya bagi yang berpendapatan sederhana atau seperti saya sendiri sebagai seorang pesara kerajaan yang masih menanggung anak-anak lain yang masih bersekolah dan juga sedang menuntut di universiti.

Program pengajian yang dijalankan di kampus UTM Jalan Semarak di tengah Kuala Lumpur menambah beban mereka untuk menampung kos sara hidup di kampus.

Saya amat berharap pihak berkaitan terutamanya Kementerian Pendidikan Tinggi, JPA dan MARA  dapat meneliti semula dasar pembiayaan pelajaran agar program baharu seperti Kecerdasan Buatan turut diiktiraf dan layak mendapat bantuan kewangan.

Ini penting bagi memastikan pelajar berbakat tidak terhalang daripada menuntut ilmu hanya kerana kekangan kewangan.

Semoga pihak berwajib dapat mengambil perhatian dan pertimbangan sewajarnya terhadap isu ini demi masa depan anak-anak kita dan kemajuan negara dalam bidang teknologi baharu.

Sekian, terima kasih.

Bapa perihatin
pesara kerajaan
Alor Setar, Kedah