Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler
Jojo tegur penganjur WWC: "Penonton bukan tiada otak disajikan gimik sampah" | Madani News
Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler

Jojo tegur penganjur WWC: “Penonton bukan tiada otak disajikan gimik sampah”

Jojo tegur penganjur WWC: “Penonton bukan tiada otak disajikan gimik sampah”

JAGUH Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali menegur penganjur Warzone World Championship (WWC) agar tidak memperbodohkan peminat sukan tempur dengan gimik murahan semata-mata demi meraih perhatian.

Amaran itu disuarakan susulan beberapa video insiden tular ketika sidang media kejohanan tersebut baru-baru ini, termasuk aksi kanak-kanak yang tampil seolah-olah jaguh tempur di pentas sidang media — sesuatu yang mengundang kecaman ramai.

Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemar imej sukan tempur tempatan, malah berpotensi memberi contoh buruk kepada generasi muda yang menonton.

“Tolonglah pak cik, penonton bukannya tiada otak nak percaya dengan gimik sampah ini.
Pak cik ni paling alim, tapi tak rasa ke budak-budak yang tengok video macam ni takkan terpengaruh?
Lagi-lagi dengan kes buli yang banyak berlaku sekarang. Berikan solusi, jangan tambah masalah.
Lihat gambaran yang lebih besar, jangan fikir duit cepat sahaja,” tulisnya di ruangan komen Instagram pempengaruh Yusuf Azmi.

Pendirian Johan itu mendapat sokongan ramai pengikut sukan tempur yang turut melahirkan rasa kecewa terhadap cara penganjur WWC cuba mencuri perhatian melalui aksi tidak beretika.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, mengesahkan bahawa WWC tidak pernah mendapat kebenaran rasmi daripada kementeriannya.

Menurut beliau, sebarang kejohanan melibatkan penyertaan antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Tindakan pantas KBS itu sekali gus memberi isyarat bahawa penganjuran sukan tempur di Malaysia mesti mematuhi garis panduan profesional — bukan menjadi medan gimik untuk tontonan media sosial. – MADANI NEWS