artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) - Adakah hak Bumiputera benar-benar terjamin? | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) – Adakah hak Bumiputera benar-benar terjamin?

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) – Adakah hak Bumiputera benar-benar terjamin?

Oleh MUHHAMMED ABDUL KHALID

KENYATAAN Menteri Perdagangan dan Pelaburan Tengku Zafrul, bahawa hak Bumiputera kononnya ‘dilindungi’ dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) adalah hujah yang tidak berasaskan fakta, malah bertentangan dan tidak selari dengan teks perjanjian yang beliau sendiri runding.

Sesiapa pun yang membaca perjanjian itu dengan jujur dan ikhlas, klausa perjanjian tersebut secara terang-terangan membuktikan bahawa bukan hanya hak Bumiputera – samada orang Melayu ataupun Bumiputera Sabah & Sarawak tidak dilindungi, malah menimbulkan kebimbangan ianya digadaikan dengan mudah. Agenda ekonomi Bumiputera yang kita pegang teguh sejak sebelum merdeka lagi kini telah dicampak dalam sekelip mata.

Mari kita perhalusi klausa perjanjian tersebut.

Artikel 6.2: Pertimbangan Komersial

1. Malaysia hendaklah memastikan bahawa Perusahaan Milik atau Kawalan Kerajaan (SOE) yang beroperasi dalam pasaran Malaysia, apabila menjalankan aktiviti komersial—

(a) bertindak selaras dengan pertimbangan komersial dalam pembelian atau penjualan barang atau perkhidmatan; dan
(b) 
tidak mendiskriminasi barang atau perkhidmatan dari Amerika Syarikat.

Malaysia hendaklah tidak menyediakan bantuan bukan komersial atau apa-apa bentuk subsidi kepada SOE pengeluar barangan, kecuali bagi memenuhi obligasi perkhidmatan awam mereka. Malaysia hendaklah memastikan medan persaingan yang sama rata bagi syarikat-syarikat Amerika Syarikat dalam pasaran Malaysia berhubung dengan SOE dari negara ketiga.

2. Atas permintaan bertulis Amerika Syarikat, Malaysia hendaklah menyediakan maklumat tidak sulit berkenaan semua bentuk bantuan bukan komersial atau subsidi yang diberikan kepada mana-mana perusahaan pembuatan dalam wilayahnya, dan hendaklah mengambil tindakan untuk menangani kesan-kesan penyongsangan daripada subsidi dan mekanisme sokongan tersebut yang boleh memberi kesan material terhadap perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Amerika Syarikat.

Secara jelas, perkara 6.2 di atas telah melucutkan agenda ekonomi Bumiputera. Klausa ini mewajibkan Perusahaan Milik atau Kawalan Negara (SOE) — termasuk GLC dan GLIC seperti PETRONAS, TNB, PNB, Tabung Haji (TH), dan KWAP — untuk beroperasi hanya mengikut pertimbangan komersial semata-mata. Ini secara langsung menghalang SOE daripada mengamalkan dasar keutamaan Bumiputera dari segala segi kerana tindakan sedemikian akan dianggap melanggar prinsip tidak mendiskriminasi terhadap barangan atau perkhidmatan Amerika Syarikat.

Implikasinya adalah jelas, syarikat GLC kini tidak boleh lagi bertindak sebagai alat dasar afirmatif yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi SOE – termasuk untuk membangunkan kapasiti industri Bumiputera seperti program perolehan kini lenyap. Apabila syarikat Amerika dilayan setara dengan syarikat Bumiputera dalam tender Petronas atau TNB, ‘keistimewaan’ firma Bumiputera kini secara de facto hilang atau dikongsi bersama dengan syarikat Amerika Syarikat.

Ada benarnya apa yang dikata Tun Dr Mahathir, syarikat Amerika Syarikat kini sama taraf dengan syarikat Bumiputera.

Soalnya, apa akan jadi kepada segala perancangan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilaungkan sebagai pelan yang akan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi?

Jadi, di mana bukti agenda Bumiputera dipelihara?

Lebih membimbangkan, Perkara 6.2 (2) memberi hak kepada Amerika Syarikat untuk menuntut maklumat bertulis mengenai semua bentuk bantuan bukan komersial atau subsidi yang diberikan kepada mana-mana perusahaan pembuatan di negara kita. Dan bukan itu sahaja, Malaysia juga diwajibkan mengambil tindakan untuk menangani apa-apa impak penyongsangan (distortive impacts) subsidi tersebut jika Amerika Syarikat mendapati ia menjejaskan perdagangan dua hala. Kita bukan sahaja perlu mendedahkan maklumat dasar dalaman kepada ‘tuan besar’ Amerika, malah terpaksa mengubahnya mengikut telunjuk mereka. Ini pun kita setuju dan tandatangani. Amat memalukan bukan?

Dalam 16 rundingan perjanjian perdagangan terdahulu, Malaysia berjaya mendapatkan pengecualian penting untuk agenda Bumiputera. RCEP – perjanjian dagang sepuluh negara ASEAN termasuk Japan, China, Korea, Australia dan New Zealand yang kita tandatangan tahun 2022, langsung tidak menyentuh agenda Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Dalam CPTPP pula – perjanjian yang juga kita tandatangani tahun 2022 bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, United Kingdom dan Vietnam, kita berjaya mendapatkan beberapa pengecualian penting pada SOE seperti PETRONAS, KWSP, KWAP, PNB, TH, LTAT, FELDA, serta Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) seperti Bank Pembangunan dan Bank Pertanian. Kita berjaya mempertahankan ruang untuk melindungi agenda Bumiputera. Mengapa kali ini kita menyerahkan agenda nasional ini dengan mudah?

Demi prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan MADANI, saya mencabar menteri yang tidak dipilih rakyat dalam pilihanraya yang lalu, untuk berkongsi dengan rakyat beberapa perkara berikut. Pertamanya, analisis kos dan faedah (CBA) penuh yang dilakukan sebelum perjanjian ini ditandatangani. Keduanya, Minit Mesyuarat Jemaah Menteri ketika Perjanjian ART ini diluluskan bagi menilai ulasan terhadap implikasi perjanjian ini oleh kementerian-kementerian yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kesihatan, Kementerian  Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan Pejabat Peguam Negara. Rakyat berhak tahu proses dan justifikasi sebenar di sebalik keputusan sebesar ini.

Kesimpulannya, ART ini menimbulkan kebimbangan yang serius bahawa dasar ekonomi Bumiputera yang telah dibina selama berdekad-dekad berisiko terjejas hanya dengan satu tandatangan. Apa yang kita saksikan adalah penyerahan kedaulatan ekonomi yang amat memalukan. Jika Perjanjian Pangkor 1874 adalah peristiwa yang mengorbankan kedaulatan politik kita kepada penjajah, Perjanjian ART ini adalah pengkhianatan yang jauh lebih durjana dengan menghakis kedaulatan ekonomi.

Perjanjian yang dimeterai ini bukan sekadar cuai, tetapi ditandatangani dengan angkuh dan mengkhianati jutaan rakyat Malaysia, terutamanya kaum Bumiputera. Ia adalah perjanjian yang paling memudaratkan pasca-Merdeka. Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menyebut minggu lalu bahawa Tidak pernah pun di bawah Empayar British, kuasa kolonial dan imperialis mempunyai kawalan langsung dan pengaruh sebegitu rupa ke atas ekonomi Malaya…jauh lebih buruk selepas 68 tahun Merdeka.”

Sejarah dunia sarat dengan kisah-kisah pengkhianatan yang dilakukan oleh warganya sendiri. Banyak negara – termasuk di negara kita – berulang kali ditikam dari belakang. Acapkali, kita diancam bukan oleh musuh dari luar, tetapi dari mereka yang rela menggadaikan hak warisan ekonomi bangsa demi kepentingan yang tidak kita ketahui.

NOTA: Dr. Muhmmed Abdul Khalid adalah Felo di World Inequality Lab di Paris School of  Economics.