Abu Bakar dari BERSATU angkat sumpah MB baharu Perlis
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu di Istana Arau, Arau, hari ini.
Beliau yang sebelum ini EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Perlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis ke-12 pada jam 4.08 petang selepas diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU negeri ini menjadi Menteri Besar pertama daripada BERSATU.
Beliau menggantikan ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan Khamis lalu. – MADANI NEWS
