Final Piala FA: Jurulatih Sabah FC kesal ada keputusan pengadil ‘pelik’
SELEPAS anak buahnya dibelasah 5-0 dalam aksi final Piala FA malam tadi, ketua jurulatih Sabah FC Daniel Jean-Paul Desvaux De Marigny menyatakan rasa kecewa dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan.
Walaupun mengakui tugas sukar mengendalikan perlawanan dia menyifatkan keputusan pelik dibuat pengadil yang membatalkan jaringan Ajdic Mujagic pada minit ke-26 yang dibatalkan selepas semakan video Blbantuan pengadil (VAR) kerana kedudukan offside.
“Secara peribadi, saya tidak suka bercakap mengenai pengadil kerana ia tugas yang sukar. Tetapi dari sudut pandangan saya, kedua-dua keputusan itu agak pelik.
“Kami menjaringkan gol yang cantik dan gol itu diambil daripada kami, terutama pemain tertentu, membuatkan saya sedikit kecewa.
“Keputusan kedua pula sangat pelik kerana pemain itu sebenarnya berada di hadapan pertahanan. Bagi saya, ia sepatutnya kad kuning untuk pihak lawan, tetapi tidak berlaku demikian. Jadi, terpulanglah,” katanya dipetik Bernama.
Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai jaringan Adjic dan menyifatkan keputusan itu “sangat pelik kerana pemain tersebut sebenarnya berada di hadapan pertahanan.”
Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi, JDT menang besar hasil jaringan Jonathan Silva, Rawilson Batuil (gol sendiri), Jairo Da Silva, Oscar Aribas dan Manuel Hidalgo.
Sabah FC berjaya menyumbat satu gol pada minit ke-26, ketika JDT mendahului 3-0 menerusi Ajdic, namun jaringan itu dibatalkan kerana offside.
Ketika cuba bangkit pada separuh masa kedua, Skuad Sang Badang ditimpa malang apabila tonggak tengah mereka Miguel Cifuentes dilayangkan kad merah atas dakwaan mengasari pemain JDT.
Sementara itu, Daniel dilaporkan tetap memuji pasukannya yang terus berjuang walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah utama, Miguel Cifuentes, dilayangkan kad merah kerana melakukan kesalahan terhadap pemain JDT.
Walaupun menghadapi kekangan, Daniel menekankan dia tidak perlu lagi memotivasikan pemainnya kerana prestasi mereka sudah mencerminkan komitmen dan semangat juang yang tinggi. – MADANI NEWS
