artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Sabah berduka, Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun | Madani News

Sabah berduka, Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun

Sabah berduka, Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun

PEMIMPIN dan rakyat Sabah pagi ini berduka dengan berita kehilangan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, seorang pemimpin terkenal dari negeri di Bawah Bayu tersebut.

Bung Moktar disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi ini.

Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu Bung Moktar, 66, dimasukkan ke hospital itu dan menerima lawatan antaranya daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal.

Dilahirkan pada 15 Sept 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau amat berdukacita atas pemergian seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada UMNO Sabah, malah secara peribadi Allahyarham amat dekat dengan perjalanan politiknya.

“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dengan ketentuan Allah. Samasama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam laman Facebook pagi ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berduka dengan pemergian Allahyarham dan pertemuan pada 1.30 pagi ini ketika melawat Allahyarham adalah pertemuan terakhir mereka.

“Beliau banyak mengajarku semangat perjuangan. Allah SWT lebih sayang kepadanya. Terasa amat sedih, sempat bercakap di telefon, insya-Allah saya ingat pesan itu,” katanya.

Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Allahyarham adalah seorang tokoh yang banyak berjasa, khususnya dalam arena politik Sabah dan pembangunan negeri.

“Kehilangan beliau satu kehilangan besar buat masyarakat dan negeri. Semoga Allah

SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama orang-orang beriman serta dikurniakan syurga sebagai tempat persemadian,” katanya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal, yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu daripada Parti Warisan turut mengucapkan takziah kepada keluarga, saudara dan kenalan atas kehilangan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakannya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. – MADANI NEWS