artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
UMNO tidak pernah bersama DAP, hanya 'bekerjasama' menguruskan negara - Tok Mat | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

UMNO tidak pernah bersama DAP, hanya ‘bekerjasama’ menguruskan negara – Tok Mat

UMNO tidak pernah bersama DAP, hanya ‘bekerjasama’ menguruskan negara – Tok Mat
Mohamad Hasan

UMNO menegaskan parti itu tidak pernah bersama DAP, sebaliknya kerjasama mereka hanya untuk menguruskan negara mengikut perjanjian yang dimeterai.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kerjasama itu dijalinkan berikutan tiada parti mempunyai jumlah kerusi sendiri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Kita tidak pernah pun bersama DAP. Kita membuat perjanjian untuk menguruskan negara.

“UMNO atau Barisan Nasional (BN) berjanji kerana kita hendak menyelamat dan menguruskan negara.

“Ini kerana negara tidak berkerajaan selama lebih lima hari selepas pilihan raya… pertama kalinya.

“Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN)… mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan (ketika itu). Apabila mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan, PN menolak titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong ketika itu)… jadi kami dipanggil (untuk bekerjasama menubuhkan kerajaan),” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Menegaskan semula sebab UMNO/BN bersetuju membentuk kerajaan bersama PH, Mohamad menekankan bahawa ia adalah demi kesejahteraan Malaysia kerana negara perlu diuruskan.

Beliau menjelaskan, membiarkan negara tanpa berkerajaan adalah suatu perkara yang amat tidak baik kerana rakyat akan menerima akibat dan seterusnya menderita.

“Jadi, kita berada dalam kerajaan… ada perjanjian. Kita bukan ‘serah tengkuk’… ada red line (garis merah) yang kita letak.

“Itu sebabnya saya mengingatkan semua, jika ramai orang terlupa terutama rakan-rakan kita, saya sebut dalam ucapan perasmian (Perhimpunan Agung) Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa walaupun berada dalam Kabinet yang sama, ‘don’t take us for granted’ (jangan menganggap remeh kewujudan kita),” katanya.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, dilaporkan berkata usaha UMNO menyatukan orang Melayu bawah agenda ‘Rumah Bangsa’, hanya boleh berjaya jika tiada partinya bekerjasama dengan DAP.

Mohd Syahir dipetik berkata, justeru UMNO perlu memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda penyatuan ummah. – MADANI NEWS