artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kemeriahan Aidilfitri itu sudah berlalu… | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kemeriahan Aidilfitri itu sudah berlalu…

Kemeriahan Aidilfitri itu sudah berlalu…
Surau Al-Aminiah, Kampung Parit Serong ditinggal sepi bagai saksi bisu kemeriahan suatu waktu dahulu.


“Apakan daya masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni tinggal menjadi kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu dendang perantau”

(Lagu Dendang Perantau. Ciptaan dan nyanyian P. Ramlee)

BENARLAH, masa mengubah segalanya. Begitu juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beberapa dekad lalu, tahun 60-an hingga 80-an Aidilfitri terasa begitu meriah. Kini penulis rasakan suasana berubah. Aidilfitri tidak semeriah zaman kanak-kanak dan remaja.

Kampung halaman di Parit Serong, Bagan Datuk, Perak, sudah semakin sunyi tiada lagi keriuhan. Ramai insan yang penulis kenali telah pergi menyahut seruan Ilahi. Anak-anak  tidak lagi balik ke kampung apabila ayah bonda sudah tiada.

Keadaan ini berlainan dengan beberapa dekad lalu. Kampung sangat meriah dan ‘hidup’. Anak-anak diperantauan kembali menyambut lebaran bersama ibu bapa, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Pendek kata inilah masa untuk berkumpul, bertemu muka. Sambil merayakan Aidilfitri sambil mengimbau kisah lalu. Lama tak jumpa pasti banyak yang hendak dibicara.

Walau pun ketika itu tidak ada kemudahan seperti letrik, air, telefon serta jalan tar, kehidupan dijalani dengan harmoni. Penduduk saling kenal mengenali, hidup mesra bersaudara.

Sekarang kemudahan itu semua sudah ada. Tetapi kampung pula sunyi. Alangkah meriahnya jika dengan adanya kemudahan ini semua, penduduk masih ramai dan kampung masih segar riang seperti dahulu.

Surau Al-Aminiah yang sejak sekian lama menjadi tumpuan penduduk untuk bersembahyang fardu berjemaah, bertambah meriah pada bulan puasa. Jemaah datang beramai-ramai menunaikan solat sunat tarawih. Di sinilah juga solat sunat Aidilfitri didirikan.

Kini surau tersebut masih berdiri walau tidak terjaga. Ia hanya seperti tugu sepi, jadi saksi bisu kepada kemeriahan beberapa dekad lalu. Surau tidak lagi digunakan lantaran tiada  jemaah untk mengimarahkan.

Kerana jumlah jemaah yang sedikit, penduduk kampung berjemaah dan menunaikan solat tarawih dan solat hari raya di masjid kampung jiran, Kampung Sungai Haji Mohamad, bersama jemaah kampung tersebut.

Masih terbayang di mata betapa meriahnya waktu solat tarawih dan sunat hari raya. Setiap malam selepas berbuka menuju ke surau beramai-ramai. Selepas selesai sunat tarawih ada a moreh. Hidangan dibawa oleh para jemaah.

Ramai kanak-kanak di surau tertidur ketika tarawih. Tetapi mereka akan terbangun apabila waktu moreh. Ada yang mata terkebil-kebil mengunyah makanan kerana masih mengantuk. .

Pada hari raya, surau penuh dengan penduduk dan anak perantauan yang balik kampung. Surau bukan sahaja tempat beribadat tetapi temat pertemuan bagi yang sudah lama tidak berjumpa. Semua kelihatan ceria. Sukar digambarkan keriangan yang terlukis di wajah.

Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, jamuan diedar. Makanan dan kuih muih dibawa oleh jemaah. Ramai yang membawa bererti pelbagai jenis juadah disaji. Selepas itu diadakan pula kunjungan ke rumah beberapa orang penduduk.

Bagi kanak-kanak mereka sudah tahu, selesai sembahyang, aruah Pakcik Ajmain sudah sedia menunggu di kolong surau dengan uncang berdiri duit siling. Mereka berbaris menunggu pemberian. Ada yang dapat sekupang (10 sen), dua kupang (20 sen) dan lima kupang (50 sen). Walau 10 sen nilainya besar waktu itu.

Di surau Al-Amimiah inilah juga tempat aruah Jaafar Kasib menjual ais batu. Perlu membuat tempahan. Di surau ini, Jaafar menyimpan ketul ais besar yang dibeli dari lori di jalan besar Bagan Datuk-Teluk Intan pada sebelah pagi.

Ais dibalut dengan habuk papan dan guni tebal agar tidak cair. Pada sebelah petang ais dipotong dalam saiz menurut nilai tempahan. Perlu dilumur habuk papan agar tidak mudah cair ketika dibawa balik.

Terhentinya operasi Surau Al-Aminiah bererti tidak kedengaran lagi bunyi kentung menandakan masuk waktu sembahyang fardu dan berbuka puasa. Tiada lagi bunyi kentung menandakan waktu imsak dan subuh.

Semua itu kini tinggal kenangan di lipatan minda. Masa yang lepas tidak akan kembali. Kisah lalu tidak mungkin berulang. Namun Aidilfitri tetap dirai. Hanya suasana dan persekitaran tidak serupa. Selamat Hari Raya. – MADANI NEWS