artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Bekalan air dan tenaga mencukupi, tarik pelabur bertapak di Malaysia - PM Anwar | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Bekalan air dan tenaga mencukupi, tarik pelabur bertapak di Malaysia – PM Anwar

Bekalan air dan tenaga mencukupi, tarik pelabur bertapak di Malaysia – PM Anwar
Anwar Ibrahim, semasa majlis Perasmian Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat, Selangor. 20 Ogos 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

KEUPAYAAN menghasilkan bekalan air dan tenaga mencukupi merupakan antara tarikan utama kemasukan pelabur dalam bidang semikonduktur, pusat data serta kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia ditambah lagi dengankemampuan negara menyediakan kepakaran tenaga kerja profesional, yang merupakan keperluan strategik utama yang menjadi tumpuan pelabur.

“Dua perkara ini (air dan tenaga) amat strategik dan saya nak tekankan bahawa kita tak akan dapat pertahankan kredibiliti Malaysia sebagai negara aman dan cekap, kalau hal-hal terkait air dan tenaga ini kita tak dapat selesaikan.

“Bukan sahaja (penting) sediakan (kemudahan air dan elektrik kepada pelabur), malah (bagaimana) kita kawal (harga) air serta tenaga itu pada harga munasabah dan tidak bebankan rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Langat Dua (LRA2) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengurusan air di Malaysia masih lagi berhadapan masalah pembaziran terutamanya berkait Air Tidak Terhasil (NRW), cara penggunaan serta kelemahan sistem saluran lama sehingga NRW jadi masalah besar.

Beliau berkata Fadillah selaku menteri yang bertanggungjawab, telah berbelas kali bangkitkan soal berkenaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan hasil perbincangan bersama, isu itu akan menjadi antara keutamaan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri berkata dari aspek pengurusan air, menjamin keselesaan dan memenuhi keperluan rakyat menjadi kepentingan utama kerajaan.

“Bagaimana satu negara dengan airnya melimpah, banjirnya dua, tiga kali setahun, tapi ada masa tak cukup air, maknanya ada yang tidak kena bukan kerana kurnia Allah SWT tapi kerana kekurangan kepintaran manusia.

“Contohi macam Jordan yang hujan lebatnya mungkin dua kali, tiga kali setahun, tapi boleh menyimpan air untuk keperluan (sewaktu kekurangan air), jadi sebab itu, teknologi kita ini, bukan saja dari segi kecanggihan, tetapi memastikan penjimatan air itu berjalan,” kata beliau.

— BERNAMA