MODA Moca: Retro moden bawah RM4K, skuter bandar yang menawan | Madani News

MODA Moca: Retro moden bawah RM4K, skuter bandar yang menawan

MODA Moca: Retro moden bawah RM4K, skuter bandar yang menawan
PENGERUSI Eksekutif AFY Mobility Industries (AFY), AHMAD Faez Tan Sri Yahya (tengah) melancarkan MODA Moca, skuter retro moden dengan harga mampu milik dan kini dibuka untuk tempahan.

KALAU anda pernah terpesona dengan gaya skuter retro Eropah yang jadi ikon kebebasan satu ketika dulu, berita baik – kini anda boleh dapatkan aura yang sama dengan bajet bawah RM4,000 sahaja. Itulah yang dibawakan oleh MODA Moca, model terbaharu daripada MDua Motor Sdn Bhd. 

Saya berpeluang melihat lebih dekat skuter ini, dan terus terang, Moca bukan sekadar skuter kecil biasa. Ia adalah kombinasi menarik antara nostalgia dan moden – ibarat pakai baju klasik tapi dengan sneakers streetwear terkini.

Rekaan: Retro Dengan Sentuhan Segar

Dari jauh lagi, lengkung badan Moca memang buat ramai menoleh dua kali. Ia ringkas, kemas dan “cute” – sesuai untuk mereka yang suka gaya hidup santai.

Tiga pilihan warna juga kena dengan citarasa anak muda masa kini:

Neon Orange – nampak garang, berani dan memang stand out.

Piano Black – sesuai untuk mereka yang lebih suka tampil elegan.

Ocean Blue – aura segar dan ceria, sesuai untuk penunggang yang fun.

Kalau anda suka skuter jadi sebahagian daripada gaya hidup, warna-warna ni memang buatkan Moca mudah dipadankan dengan personaliti masing-masing.

Di Atas Jalan: Ringan, Lincah & Praktikal

Beratnya cuma 89kg. Masa duduk atas pelana, anda akan rasa betapa ringannya skuter ini. Senang nak turun naik parking, masuk lorong sempit, ataupun cilok waktu jammed di bandar.

Suspensi teleskopik depan dan uni hayunan belakang cukup selesa untuk perjalanan jarak dekat. Jangan harap rasa macam superbike, tapi untuk ulang-alik kerja atau pergi kelas, ia lebih daripada memadai.

Enjin 110cc dengan suntikan bahan api (Fi) pula memberikan kuasa 8hp @ 7500rpm dan tork 8.5Nm @ 6500rpm. Untuk sebuah skuter bandar, kuasa ni cukup untuk bawa anda gerak pantas dari lampu merah dan maintain kelajuan selesa sekitar 70–80km/j.

Paparan meter digital, lampu LED terang, brek cakera depan – semua ini menambah keyakinan. Bukan sekadar cantik, tapi ada ciri keselamatan asas yang wajib.

Kehidupan Harian: Mudah & Sesuai Untuk Semua

Moca bukan sahaja cantik dilihat, tapi juga praktikal:

• Ruang bawah pelana boleh simpan barangan asas.

• Ada rak belakang dan cangkuk untuk beg shopping.

• Tinggi pelana 738mm – sesuai untuk penunggang lelaki atau wanita, termasuk mereka yang baru belajar naik motor.

Dengan tangki 4.8 liter, penggunaan petrolnya pun jimat – sesuai dengan keadaan harga minyak sekarang.

Harga: Kelebihan Utama

Mari kita jujur – ramai orang beli skuter pertama bukan sebab nak laju, tapi sebab nak jimat dan senang bergerak. Dan di sinilah Moca menang besar.

Harga rasmi RM3,988 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) memang sukar ditandingi. Tambah pula jaminan 2 tahun atau 20,000km, pembeli boleh rasa lebih yakin.

Kalau dibandingkan dengan skuter lain dalam kelas 110cc, harga Moca antara yang paling mesra poket. Ia seolah-olah pintu masuk untuk mereka yang baru nak ada kenderaan sendiri.

Peluang Custom: Biar Lebih Gaya

MDua Motor juga akan tawarkan aksesori tambahan seperti penghadang angin hadapan dan kotak simpanan belakang. Lebih banyak aksesori akan diumumkan, jadi pemilik boleh jadikan Moca lebih “personal” ikut citarasa masing-masing.

Verdict: Untuk Siapa MODA Moca?

Selepas meneliti pakej keseluruhan, jelas Moca bukan untuk mereka yang kejar kelajuan maksimum. Ia lebih kepada skuter gaya hidup – sesuai untuk:

• Pelajar universiti atau kolej yang nak motor praktikal tapi stylish.

• Pekerja bandar yang perlukan tunggangan harian ringan & jimat.

• Mereka yang sudah ada motor besar, tapi nak satu skuter kecil untuk short trip atau pergi kedai mamak.

• Mereka yang suka membeli no plat cantik

Dengan harga bawah RM4,000, rekaan retro yang menawan, serta ciri praktikal untuk kegunaan seharian, MODA Moca adalah skuter yang buat anda tersenyum setiap kali menunggangnya.

Ringkasnya, MODA Moca bukan sekadar skuter, ia adalah lifestyle statement. Kalau anda nak bergaya tanpa membebankan poket – inilah masa untuk cuba Moca. – MADANI NEWS