Anak tikam bapa hingga maut kerana tidak puas hati pembahagian harta

SEORANG lelaki berusia 24 tahun bertindak menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.
Seorang lelaki berusia 24 tahun bertindak menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, di sini, awal pagi Sabtu.
Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan seorang penganggur yang juga anak mangsa bagi membantu siasatan.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan selama tujuh hari, bermula 13 hingga 19 September,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – MADANI NEWS