Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler
Presiden Donald Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 | Madani News
Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler

Presiden Donald Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Presiden Donald Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.

Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengiringi Presiden AS ke-47 itu ialah Wanita Pertama Melania Trump dan beberapa anggota delegasi negara berkenaan.

Konvoi rasmi presiden turut merangkumi “The Beast”, kenderaan rasmi yang diterbangkan khas bagi lawatan ini, yang akan digunakan sepanjang berada di Malaysia.

Trump kemudian menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga 28 Okt.
— BERNAMA