artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kerajaan tak rayu keputusan mahkamah mengenai hak Sabah terima 40% hasil persekutuan - Peguam Negara | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kerajaan tak rayu keputusan mahkamah mengenai hak Sabah terima 40% hasil persekutuan – Peguam Negara

Kerajaan tak rayu keputusan mahkamah mengenai hak Sabah terima 40% hasil persekutuan – Peguam Negara

KERAJAAN persekutuan memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak Sabah untuk menerima 40% hasil persekutuan dari negeri itu.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri bersama Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang berlangsung hari ini.

Katanya, kerajaan persekutuan menghormati prinsip pemberian khas berdasarkan 40% hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, kerajaan persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap pemberian khas berdasarkan 40% hasil.

“Sehubungan itu, kerajaan persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama kerajaan Sabah dengan kadar segera,” kata kenyataan itu.

Katanya, peguam negara juga memberi nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.

“Antaranya dakwaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan yang didakwa berlaku sejak 1974.

“Selain itu, alasan penghakiman juga menyatakan bahawa kajian semula selepas 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.

“Kerajaan persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Okt lalu memutuskan kerajaan persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan selama hampir lima dekad.

Hakim Celestina Stuel Galid mengisytiharkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah ‘tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,’ serta melanggar Perlembagaan.

Mahkamah turut mengarahkan supaya semakan berhubung perkara itu dimulakan dalam tempoh 90 hari dan disiapkan dalam masa 180 hari.

Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkata ia akan meneliti penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam berkata beliau secara peribadi cenderung mahu kerajaan tidak meneruskan rayuan berkait keputusan itu tetapi tegaskan kerajaan akan memuktamadkan pendirian selepas mendengar pandangan peguam negara dan Jemaah Menteri.

Isu itu juga turut membawa kepada peletakan jawatan Presiden Upko, Ewon Benedick, sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi, susulan pendirian diambil AGC terhadap tuntutan 40% hasil persekutuan Sabah.

Anwar juga menyifatkan tindakan Ewon meninggalkan Kabinet persekutuan sebagai ‘tergesa-gesa’, sambil menegaskan bahawa Ewon maklum keputusan berhubung isu itu masih belum dimuktamadkan. – MADANI NEWS