artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Tapak kuil Hindu: PAS sokong pendirian kerajaan, sifatkan PM ambil langkah tepat | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Tapak kuil Hindu: PAS sokong pendirian kerajaan, sifatkan PM ambil langkah tepat

Tapak kuil Hindu: PAS sokong pendirian kerajaan, sifatkan PM ambil langkah tepat

PAS hari ini menyatakan sokongan mereka kepada pendirian kerajaan yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kontroversi tapak sebuah kuil yang terletak berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menganggap pendirian diambil oleh Anwar itu sebagai “tepat”.

“Ini merupakan pendirian yang tepat dan perlu disokong. Mana-mana binaan haram di atas tanah pemilik yang lain sudah tentu tiada pilihan lain melainkan dirobohkan,” katanya melalui Facebook hari ini.

Dia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat, pertikaian mengenai keberadaan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur itu bukanlah berkaitan isu agama sebaliknya undang-undang.

“Harapnya tidak timbul lagi isu seperti ini di masa akan datang. Salam Ramadan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu media melaporkan Anwar bertegas bahawa kontroversi tanah itu mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang.

Dalam ucapannya pada sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur pagi tadi, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang.

Sambil berkata ia perlu dipindahkan, Anwar menegaskan bahawa kuil berkenaan bukanlah rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang.

“… Soal pembinaan masjid di tapak yang ada kuil yang tidak mendapat izin. Ada orang tak mahu sebut, bukan kuil haram, tak apalah istilah.

“Tapi kuil itu tidak dapat izin milik tanah dari tuan tanah, sama ada (tuan tanah) dulu DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau sekarangnya syarikat (yang memilikinya).

“Kita negara hukum. Negara hukum ini ikut hukum dan oleh kerana nak jaga hubungan antara kaum, kita lakukan sesuatu yang tidak semestinya perlu iaitu runding dengan baik kerana bagi mereka (penganut agama Hindu) itu tempat kepecayaan dan amalan agama harus dipindahkan dengan baik,” kata Anwar.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews