artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Polis siasat insiden lelaki maki hamun jurujual wanita keturunan Iban | Madani News

Polis siasat insiden lelaki maki hamun jurujual wanita keturunan Iban

Polis siasat insiden lelaki maki hamun jurujual wanita keturunan Iban

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung insiden seorang lelaki yang didakwa memaki hamun pekerja wanita di sebuah kedai aiskrim di Central i-City Mall, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 25 Mac pukul 8.42 malam Selasa lalu berhubung kejadian itu.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pelanggan terbabit bersama keluarganya datang ke kedai tersebut untuk membeli aiskrim dan air strawberi berharga RM6.50.

“Lelaki itu memberikan wang tunai RM10, namun berlaku perselisihan faham apabila pekerja kedai meminta wang syiling 50 sen kerana tidak mempunyai baki mencukupi dalam mesin tunai,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut beliau, lelaki berkenaan bertindak menyindir pekerja wanita berketurunan Iban itu sebelum mangsa menutup mesin tunai dengan kuat, menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memaki hamun dan menghina mangsa.

Jelasnya, kejadian tersebut dilerai oleh rakan setugas mangsa sebelum suspek beredar selepas urusan pembelian selesai.

Mohd. Iqbal berkata, mangsa kemudian menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu kepada ahli keluarganya sehingga ia ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara masing-masing dua dan lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

“Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM50,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menjaga keharmonian serta perpaduan negara dengan menghormati antara satu sama lain.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895,” katanya. – MADANI NEWS