artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh - Jabatan Peguam Negara | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh – Jabatan Peguam Negara

Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh – Jabatan Peguam Negara

’Dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa.’’ – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

JABATAN  Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.

AGC berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan daripada hasil penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

“AGC telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek berdasarkan keterangan yang ada.

“Keputusan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang bakal berjalan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat, ia tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM termasuk prosiding inkues di mahkamah nanti,” kata kenyataan itu. 

Keputusan AGC itu sekaligus membuktikan bahawa  tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover-up sepanjang proses siasatan kes kematian pelajar itu seperti mana ditegaskan oleh  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, segala tindakan dan siasatan yang diambil berdasarkan fakta, laporan dan permohonan yang sah.

Saifuddin berkata tuduhan mengatakan bahawa kes berkenaan cuba ditutup dan dimanipulasi adalah tuduhan sangat berat yang tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini.

“Dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa. Komitmen kepada keadilan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang.

“Kes ini ialah satu perkara yang sangat berat, sangat serius melibatkan kehilangan nyawa adik Zara Qairina yang berumur 13 tahun … kita mesti lakukan siasatan secara profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut peruntukan lunas undang-undang,” katanya pada sesi penerangan menteri.