artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
PAS sedia pimpin Malaysia yang berbilang kaum - Hadi | Madani News

PAS sedia pimpin Malaysia yang berbilang kaum – Hadi

PAS sedia pimpin Malaysia yang berbilang kaum – Hadi
Gambar HarakahDaily

ALOR SETAR: ​Tan Sri Abdul Hadi menyatakan kesediaan PAS untuk memimpin Malaysia yang berbilang kaum dengan berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan yang ditafsirkan menurut acuan Islam yang sebenar.

​“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan harmoni dan selamat,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-71, Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.

​Bagi meyakinkan rakyat, Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang itu turut menggariskan komitmen parti sebagai satu janji kepada rakyat bukan Islam.

​Menurutnya, Islam sentiasa mendahulukan perdamaian dan persaudaraan tanpa ada paksaan dalam beragama, walaupun ketika ia berkuasa penuh, memetik laporan HarakahDaily

Tambahnya, pemerintah Islam diwajibkan untuk bersikap adil kepada semua, dan pada masa yang sama, penganut agama lain diizinkan untuk melaksanakan ajaran agama mereka dengan batasan menjaga sensitiviti umat Islam.

​Bahkan, katanya, umat Islam sendiri disuruh untuk menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehinggakan dilarang memaki sembahan mereka sebagaimana firman Allah dalam Surah al-An‘am, ayat 108.

Di samping itu, beliau menegaskan PAS terus berpegang kepada pendekatan damai (muwajahah silmiyyah) dan memilih demokrasi sebagai medan perjuangan.

Justeru, beliau memberi komitmen untuk memimpin sebuah negara masyarakat majmuk dengan adil berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa meminggirkan hak kaum lain.

Katanya, pendekatan damai dipilih kerana ia selari dengan petunjuk al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW yang bermatlamat menyelamatkan seramai mungkin manusia bersama Islam tanpa sebarang paksaan.

​“PAS terus memilih demokrasi, walaupun banyak kelemahan dan salah lakunya. Namun, hikmah dakwah berjaya kerana hujahnya yang benar,” katanya

​Beliau menambah, kejayaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS dalam mengatasi masalah rasuah telah diakui oleh kawan dan lawan, namun PAS sentiasa bersyukur dan merendah diri kepada Allah.

​Tegasnya, pendekatan PAS adalah untuk memberi penerangan melalui hujah (menerang), bukannya menyerang, serta sentiasa berlaku adil kepada semua pihak termasuk musuh, selaras dengan perintah Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 8. – HARAKAHDAILY