Harga emas dijangka bergerak berhati-hati, potensi naik jika dolar AS lemah | Madani News

Harga emas dijangka bergerak berhati-hati, potensi naik jika dolar AS lemah

Harga emas dijangka bergerak berhati-hati, potensi naik jika dolar AS lemah

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Penganalisis menjangkakan emas berada dalam fasa konsolidasi, namun sebarang tanda kelemahan dolar berpotensi mendorong harga logam berharga itu melonjak semula.

Bagi minggu berakhir ini, semua kontrak utama emas ditutup lebih tinggi dengan kontrak Disember 2025 naik kepada AS$3,714.30 seauns daripada AS$3,709.10 minggu sebelumnya. Jumlah dagangan mingguan turut meningkat kepada 1,388 lot, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 807 kontrak.

Pada 18 Sept, harga emas fizikal ditetapkan pada paras AS$3,643.70 seauns oleh London Bullion Market Association (LBMA). – MADANI NEWS