artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Tanjung Puteri Golf Resort - menemukan kedamaian alam dan cabaran tersendiri | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Tanjung Puteri Golf Resort – menemukan kedamaian alam dan cabaran tersendiri

Tanjung Puteri Golf Resort – menemukan kedamaian alam dan cabaran tersendiri

JIKA ke selatan tanah air bersama family atau rakan-rakan, salah satu padang golf yang perlu anda cuba ialah Tanjung Puteri Golf Resort (TPGR) yang mana ia memberikan kemudahan bermain golf sehingga 36 lubang, restoran di rumah kelab dan juga penginapan dalam satu tempat.

Terletak di Pasir Gudang, kawasan yang agak jauh sedikit dari kesibukan kota Johor Bahru memberikan ketenangan kepada para pemain yang ingin mencari cabaran tersendiri yang ditawarkan di dua padang golf utama kelab tersebut iaitu Plantation Course dan Straits Course.

Suasana dan Reka Bentuk Padang

Tanjung Puteri Golf Resort bukan sekadar padang golf – ia merupakan sebuah destinasi lengkap untuk golfer yang ingin merasai gabungan permainan teknikal dan suasana tropika. Resort ini mempunyai dua padang kejuaraan 18-lubang yang berbeza karekter dan cabarannya:

  1. Plantation Course – dibuka pada November 1992, hasil reka bentuk Max Wexler. Dibina di atas bekas ladang kelapa sawit dan buah-buahan, padang ini mengekalkan suasana “ladang kampung” yang tenang dan klasik.
  2. Straits Course – reka bentuk oleh Akira Mamiya, dengan panjang 6,163 meter, terletak di sepanjang garis pantai Selat Johor, berlatar belakangkan hutan bakau.

Bermain di sini memberi pengalaman berbeza kerana setiap padang menuntut strategi tersendiri. Plantation Course sesuai untuk mereka yang mahu “bernafas santai” sambil menikmati panorama hijau pokok sawit, manakala Straits Course pula sering disebut sebagai “padang ujian sebenar” kerana cabaran angin dari Selat Johor dan risiko bola jatuh ke kawasan bakau!

Penulis dan tujuh lagi rakan diberi peluang menguji kedua-dua padang ini baru-baru ini dengan hari pertama kami menguji Plantation Course. Seperti juga namanya, padang golf ini dipenuhi dengan suasana kehijauan pokok-pokok dan juga beberapa cabran air.

Walaupun pada awalnya kami agak sesat mencari padang ini kerana ia terpisah dari kelab golf utama dan agak jauh ke dalam, tetapi keadaannya tidak mengecewakan dengan fairway yang dijaga rapi dan green yang mempunyai kelajuan yang sekata.

Anda akan temui bukti sejarah asal kawasan ini yang merupakan ladang kelapa sawit di samping pokok buah-buahan seperti durian, mangga, nangka, rambutan dan kelapa di Lubang 4, 6, 7, 14, 15, dan 17. Gabungan unik golf dan alam semula jadi mewujudkan suasana yang tidak dapat dilupakan.

Antara kekuatan TPGR ialah reka bentuk lanskapnya yang tidak stereotaip – setiap lubang mempunyai identiti tersendiri. Hole 6 dan 14 di Plantation misalnya, memberi pengalaman memukul bola di celah deretan pokok buah-buahan.

Dibina di atas rupa bumi yang beralun secara semula jadi, keindahan Plantation Course dipertingkatkan lagi dengan tumbuhan asli dan pokok renek berbunga yang memberikan suasana aman dan bertenaga.

Pada hari kedua, kami berpeluang menguji pula padang golf yang lebih mencabar dan mampu menganjurkan kejohanan golf peringkat antarabangsa iaitu Straits Course. Menurut pengurusan, jika terdapat kejohanan golf peringkat tinggi, kelajuan green boleh ditingkatkan sehingga 11 kaki (pada Steepmeter).

Ketika diuji oleh kami, green di padang tersebut sedang menjalani penyelengaraan dengan banyak green mempunyai pasir di atasnya yang mengurangkan keselesaan ketika putting. Bagaimanapun, ia masih tetap laju dan sukar dibaca.

Daya Tarikan Utama

Kemudahan resort juga lengkap – dengan driving range 52 bay, clubhouse besar, penginapan vila dan bilik tetamu, beberapa restoran serta kemudahan rekreasi lain seperti kolam renang, gelanggang tenis dan sauna.

Dari segi nilai, TPGR dianggap antara pilihan “mid-range premium” terbaik di Johor – sesuai untuk percutian keluarga yang mahu konsep stay-and-play.

Bagaimanapun, kemudahan penginapan dan fasiliti lama sedang diperbaharui, khususnya vila dan restoran dan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan perlu lebih pantas bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Cadangan dan Tips untuk Pemain

  • Pilih Straits Course jika anda sukakan cabaran dan permainan “berangin”.
  • Untuk suasana lebih santai dan visual tropika – Plantation Course adalah padang terbaik.
  • Tempah tee time awal jika bermain hujung minggu atau cuti umum – ramai pemain dari Singapura turut datang.
  • Jika bercadang untuk menginap, semak tawaran “Stay & Play Package” kerana jauh lebih berbaloi.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Tanjung Puteri Golf Resort kekal sebagai antara destinasi golf paling menarik di selatan Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan cabaran teknikal, malah pengalaman bermain yang “menyatu dengan alam”.

Bagi golfer yang mencari ketenangan, nilai yang berpatutan, dan kombinasi antara permainan serius dengan suasana resort, TPGR memang berbaloi untuk dikunjungi. Namun, jika anda jenis pemain yang menitikberatkan kemudahan moden dan hotel berstatus lima bintang, mungkin anda akan merasakan aspek penginapan dan fasiliti di sini masih perlu diperkemaskan.

Andai pengurusan berjaya mengekalkan momentum naik taraf dan memperkukuh daya tarikan sedia ada, tidak mustahil Tanjung Puteri Golf Resort akan terus kekal sebagai salah satu permata golf paling bernilai di Johor. – MADANI NEWS