artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Penunggang remaja harumkan nama negara | Madani News

Penunggang remaja harumkan nama negara

Penunggang remaja harumkan nama negara

Seorang remaja rakyat Malaysia mencipta sejarah sebagai antara penunggang kuda terbaik pada acara sukan berprestij, Kejohanan Ekuestrian Dunia FEI Alltech.

Berusia 17 tahun, Mohd T Aseef Abdul Mutalib, yang juga peserta paling muda di kalangan penunggang dari 72 negara itu berjaya menamatkan saingan kategori Ujian Ketahanan (Endurance) pada kedudukan ke 27 pada kejohanan yang berlangsung di Normandy, Perancis itu.

Kejohanan yang bermula pada 23 Ogos dan berakhir Ahad ini menarik penyertaan hampir 1,000 penunggang terbaik dunia membabitkan tujuh acara yang disenaraikan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).

Pencapaian Mohd T Aseef adalah momen membanggakan bagi pasukan Malaysia, lebih-lebih lagi remaja itu mengenakan kelengkapan menunggang termasuk topi keledar dan baju dengan warna Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera negara ketika menunggang kudanya, Eldina Kungfu, sebaik selesai tunggangan sejauh 160 kilomter dalam tempoh lebih 10 jam pada 23 Ogos.

Aseef yang mula menunggang sejak empat tahun lalu berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu.

“Saya juga gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk menjadi Penunggang Muda Elite Dunia,” katanya kepada Sunday Star menerusi perbualan telefon dari Normandy.

Pelajar Penang Free School berharap dapat mewakili negara pada Sukan SEA, selain Kejohanan Junior Endurance Dunia 2015 di Chile dan Piala Endurance Dunia di Dubai tahun depan.

Mengimpikan untuk menjadi antara 10 penunggang terbaik dunia, pelajar itu memperuntukkan dua jam pada sebelah petang, tiga hari seminggu untuk menunggang dan juga berbasikal bagi kekal cergas.

Bermula dengan sukan golf pada usia tujuh tahun, Aseef mengambil keputusan bertukar kepada sukan berkuda pada usia 13 tahun selepas teruja melihat ayahnya, Abdul Mutalib Ismail yang aktif menyertai kejohanan endurance di dalam dan luar negara.

Abdul Mutalib, 48, mengendalikan Kelab Endurance Al-Khamsa di Kelab Belia Pulau Pinang. – mStar